Friday, July 13, 2012

Musim Sejuk

Cuaca hari ini memang sejuk. 17 darjah selsius. Malam nanti suhu akan turun ke 4 darjah selsius. Duduk rumah pun sejuk sekali. Kalau tak nak rasa sejuk membeku, baik bangun buat kerja di rumah. Baru rasa hangat badan ni. Duduk kat sini memang selalu check weather forecast sekadar untuk buat persiapan harian, terutama sekali pada musim luruh dan sejuk dimana ribut kerap melanda. Accuweather adalah salah satu website yang saya gunakan. 


Menu buat hari ini adalah Ikan Kukus, Ayam Goreng Kunyit, Sambal Belacan dan Sambal Kicap. Enak sekali. Anak-anak meratah ikan sampai tinggal tulang. Makan petang Lis masak Pengat Pisang. Anak-anak tak favourite sangat. Tapi Lis tetap masakkan dan 'paksa dengan baik' anak-anak supaya makan sedikit. Kalau tidak, asyik mintak cupcakes aje. Pengat pisang memang favourite Lis dari kecil lagi. Emak selalu masakkan bila kita menetap di Marine Terrace dulu. 


Mari Lis kongsi resipi hari ini. Resipi hari ni Lis ambil dari Myresipi. Lis ubah suai sikit ikut citarasa family.

Ikan Kukus


Bahan-bahan untuk ikan
1 ekor ikan bawal hitam/putih 
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh lada sulah

Bahan-bahan untuk sos
4 camca besar jus limau kasturi (dibeli di Coles Supermarket)
2 camca besar minyak masak
1 camca besar gula
1 camca teh garam
2 biji lada hijau atau merah/8 biji cili padi (dihiris)
3 batang serai (dihiris)
2 helai daun limau purut (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 camca teh tepung jagung
1 kiub pati ikan bilis maggi (hancurkan)
2 cawan air

Sayur-sayuran
Lobak merah (dihiris memanjang halus)
Kobis bunga 
Brokoli
3 batang daun ketumbar


Cara Memasak

1. Ikan dicuci bersih dan dilumur dan direndam dengan 1 biji jus lemon untuk hilangkan bau hamis. Biarkan selama 10minit. Kemudian toskan ikan. Kelarkan badan ikan dan lumurkan dengan garam, lada sulah dan tepung jagung. Ketepikan sementara membuat sos.

2. Satukan kesemua bahan-bahan untuk sos.

3. Panaskan kukusan. Letakkan ikan di dalam loyang atau bekas tahan panas. Letakkan sayur-sayuran di atas ikan. Tuangkan sos rata termasuk bahagian dalam ikan. Taburkan daun ketumbar.

4. Kukus selama 10-15 minit. 

5. Hidangkan dengan nasi hangat dan sambal belacan/kicap. Best juga dimakan bersama Ayam Goreng Kunyit. Saya gunakan resipi dari Myresipi

6. Satu ikan ni cukup buat 3 anak perempuan Lis. 



Ayam Goreng Kunyit


Bahan-bahan

3 keping ayam (breast boneless)
1 camca teh garam
2 camca besar serbuk kunyit
1 labu bawang besar (dihiris agak tebal)
1/2 batang lobak merah
1/4 brokoli
1/4 bunga kobis
1/2 cawan minyak masak

Cara Memasak

1. Potong ayam nipis-nipis.
2. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam sehingga garing. Kacau supaya semua ayamnya garing.
4. Masukkan bawang besar. Kemudian masukkan sayur-sayuran. Kacau sehingga sayur masak.
5. Hidangkan bersama nasi hangat.


Hidangan ayam goreng kunyit ni sedap diratah oleh anak-anak perempuan saya, terutama sekali yang sulung tu. 


Sekarang saya ingin mengongsi pula resipi dari emak saya. Sambal belacan dan Sambal Cili Kicap. Memang ramai yang sudah tahu membuatnya. Tapi, ada juga adik-adik kita yang baru nak belajar memasak. Tambahan pula, Lis simpan resipi di blog ini buat anak-anak Lis, yang sibuk nak masak tanpa bantuan atau arahan Mummynye. Ini dia resipi sambal mak.


Sambal Belacan

Bahan-bahan

5 cili merah
4 cili padi
Belacan (saiz 50sen spore-Bakar dalam kuali kecil)
1 biji limau kasturi
2 biji ceri tomato
Secubit garam
Secubit gula

Cara Menyediakannya
Semua bahan-bahan di masukkan blender dengan sedikit air. 




Sambal Cili Kicap


Bahan-bahan

15 batang cili padi
2 biji bawang putih
1 camca besar gula
1/4 camca teh garam
6 sudu makan kicap manis

Cara Menyediakannya
Semua bahan-bahan dimasukkan blender.

Pasti terangkat!

Cubalah. 



Buat makan petang pula, Lis sediakan Pengat Pisang untuk keluarga hari ini.

Pengat Pisang


Bahan-bahan

7 biji pisang (di Perth, dipanggil 'Ladyfingers' dibeli di Oriental shop di Carousel)
1 biji keledek (sweet potato)
1 paket kecil santan Kara (dicampur dengan air untuk buat 1 litre)
1 keping gula melaka
3 helai daun pandan (diikat satu persatu)
1/2 cawan sagu biji ( dicuci dan direndam buat seketika)
Secubit garam


Cara Memasak

1. Satukan santan, gula melaka, daun pandan dan garam. Kacau sehingga mendidih.
2. Masukkan sagu biji. Kacau sehingga sagu masak.
3. Masukkan keledek. Bila sudah empuk, barulah masukkan pisang yang sudah dipotong setebal 2cm.
4. Kacau seketika. Hidangkan.



Sejuk-sejuk begini, sedap aje makan. Setiap 3 jam, lapar. Nasib badan lah. Dah naik berkilo-kilo ni. Tapi takpe. Boleh pergi gym. Lis memang ahli gym di Anytime fitness. Cuma tak disiplin sangatlah terutama sekali pada musim sejuk ni. Berat betul nak keluar rumah.

Okaylah. Buat sampai di sini aje lah Lis tulis hari ni. Nak hidangkan makan malam buat famili tersayang. 

Salam Ceria dari Lis. ;)

"Senyum mencerminkan keyakinan dan keperibadian diri... sedekahlah dengan niat yang ikhlas.. agar keharmonian dalam kehidupan diberkati... amin."





























2 comments:

  1. ASSALAMUALAIKUM w.b.t. Saya shah berasal dr Taiping Perak & menetap di Langkawi. Saya sebenarnya sudah lama menyimpan hajat utk berhijrah ke Australia tp disebabkan tiada saudara & kwn terpaksalah tangguhkan dulu maklumlah org kampung mcm saya ni. Soal modal INSYA ALLAH rasanya tiada masalah utk 6-12 bulan pertama kat sana. Diharap tuan puan sekeluarga dapat  membantu saya seadanya. Utk makluman tahun Lepas saya &isteri hampir pastime Australia tp nyaris ditipu oleh Kawan & ejen yg akan menguruskan kami.

    ReplyDelete
  2. Salam.nak share pengalaman ke perth.saya br pulang 3 hari lepas.dan merupakan kali ke 4 saya dan keluarga ke sana.ia adalah kerana kami sgt suka dgn perth dan tmpt kami menginap. Kami menginap di mahira holiday homes yg merupakan seorg malaysian muslim owner.beliau mempunyai 4 holiday bungalow dan alhamdulilah kami sudah mencuba ke empat2 holiday tersebut.kami amat berpuas hati kerana tmptnya sgt dkt dgn perth city,bersih,fully furnishhed dan amat berpatutan.anak owner tu ada dimsia.boleh contact cik siti 0123360098 . Fully equipped with kitchen n cooking facilities dan juga washer machine n dryer. Mereka juga ada kereta sewa utk in house guest.bonusnya mereka pick n drop off airport for free
    owner dia pulak very friendly and humble.down to earth. memang superb lah service diaorg. rumah rumah mereka pun memang sgt dkt dgn kemudahan. memang berbaloi.

    caj yg dikenakan adalah AUD$220 weekdays dan $240 weekend

    untuk 2 adults and 2 kanak kanak bwh 12 thn atau 3 adults

    berbaloi kan? memang berpatutan. yg penting service dia memang superb!

    ReplyDelete